Bismillahirrahmanirrahim.
“IQRAC ni banyak buat program, tapi
kurang kepada pembinaan diri ahli sem.” begitu kata seorang sahabat dalam satu
mesyuarat.
“Yang penting dari sebuah program
adalah apa yang kita lakukan selepas itu, bagaimana kita follow up dengan ahli
sem supaya kesan dari program itu berterusan dalam diri ahli sem. Bukan hanya
sementara.” terpasak kukuh dalam ingatanku kata-kata salah seorang pimpinan
yang lalu tentang IQRAC.
“Kita dapati kebanyakan
persatuan-persatuan pelajar sekarang, lebih kepada berprogram untuk meneruskan
tradisi. Generasi sebelum itu buat program, maka generasi seterusnya kene buat
program yang sama, cuma dalam skala yang lebih besar.” begitulah kata-kata
salah seorang pimpinan mahasiswa yang terkenal dalam suatu forum tidak lama
dahulu.
“Sepanjang ana berada di Darul Quran,
ana dapati pimpinan PERKEMAT dan IQRAC jauh berbeza. Pimpinan IQRAC lebih bagus
dan tersusun.” demikian komentar salah seorang pimpinan kelab yang telah
bertapak lama di Darul Quran ini. Beliau kini merupakan pelajar semester enam.
Itu cumalah sebuah pendahuluan kepada
sebuah catatan. Mungkin akan berkaitan dengan coretan seterusnya, dan mungkin
juga tiada kaitan. Terpulang bagaimana kalian ingin menilai. Dan bagaimana kita
ingin menilai sesuatu, melainkan setelah kita mengkaji dan menghayati setiap
bait tulisan, benar? Maka teruskan membaca sehingga akhirnya, moga memberi
manfaat buat semua.
***
Ini cumalah sebuah perkongsian
daripada lima orang rakan-rakan kita yang terpilih untuk mengikuti sebuah
program anjuran Lajnah Tadbir PERKEMAT dan Kelab Fasilitator Darul Quran.
Program apa?
Jawapannya ada di dalam.
Kenapa kami memilih untuk mengetengahkan pengalaman mereka?
Sekadar perkongsian untuk memenuhkan
halaman blog IQRAC?
Mungkin ya, mungkin tidak. Teruskan
membaca, In Shaa Allah bakal bertemu jawapan.
Moga diberi kekuatan untuk membaca
catatan mereka sehingga akhirnya.
***
#Catatan_Pertama
Pengalamn yg aku dpt..hmm
bila ckp psl gerak kerja..okla..aku
rse happy..sbb dpt kerja dgn org2 yg hebat..baik dri unit sendiri maupun
og..semuanya bgus
Ckp psl pengalamn hri kejadian....aku
ditugskan utk conduct game...nmpak cam simple je..tapi bile dah pgg mic tu len
mcm senanye...tapi alhamdulillah..semua mnde tu aku boleh kwl...bila pikir
balik tak sangka aku bole buat...tapi lgi bnyk mnde yg aku kene
baiki..haha..tkpe..bljr dri kslpn
Ckp psl kerenah
budak..meletihkan...dorg ni hyperactive gak orngye....time men game tepung
tu...hbis satu dwn jerebu dibuatnye...tapi best la sbb tgok dorg happy
Bila ckp psl citer2 dorg...
Serius sedih...sblom ni ade jgak dgr
citer2 psl bdak yg jdi mngsa keadaan ni..tapi bila kita sndiri yg brhdpn ngn
dorg...sedih mnyelubungi hati ni...mcm mana bdak yg tak brdosa ni boleh disepak
trajang...dbuang kluarga sndiri...adik bradik rosak semua...mnde tu semua buat
aku sedar yg kita ni sgt beruntung ade kluarga yg mnyayangi kita...kluarga
bahagia
Harapan aku...kita perlu brsyukur dgn
apa yg kita ade....terutama kluarga dan kasih..kekadang kita mengeluh...ibu
kita slalu membebel ke...ayah kita slalu marah2 ke..(bkn aku)...tapi still
diorg syg kita...diorg jage mkn minum kita...diorg jge pkaian kita...diorg bgi
kita tmpat tinggal...itu semua kita dpt...tapi beza ngn bebudak ni...itu yg
kita kene ingt
Bersukurlah kita masih disayangi
Akhir kalam
Buang yg keruh
Ambil yg jernih
Bru teguh
Peribadi
Assalamualaikum
***
#Catatan_Kedua
Tak pernah terlintas di fikiranku
akan ke manakah hala tuju bayi-bayi buangan (bayi yang masih bernyawa setelah
dibuang). Jauh sekali berfikir tentang itu, mendengar tentang perkara itu juga
aku tidak pernah.
Apa yang orang kurang berilmu seperti
ku ini tahu hanyalah terdapat rumah anak-anak yatim dan rumah orang tua.
Selebihnya, aku tidak tahu. Astaghfirullah. Aku lebih tahu tentang hal-hal
hiburan berbanding dengan perihal kemanusiaan. Memang patut disesali akan
kejahilanku ini.
Hari ini, setelah bergerak kerja
dalam program yang memakan masa hampir sebulan, akhirnya, aku menjejakkan kaki
ke PPKK*(Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan ********)
Jujur, aku kurang mengerti akan latar
belakang remaja-remaja ini, sehinggalah hari ini, tatkala aku mendengar sendiri
kisah mereka daripada guru mereka.
Sebak, sedih. Sungguh malang nasib
remaja ini rupa-rupanya. Ada yang ditemui di dalam longkang, di kawasan
pembinaan, yang tidak dituntut di hospital dan beberapa kisah menyedihkan lain
yang sememangnya asing daripada kehidupan manusia biasa yang lain. Aku dan
rakan-rakan meskipun tidak lah sebegitu kaya, tetapi kami dapat merasai kasih
sayang keluarga, hidup dalam keadaan serba cukup tetapi kanak-kanak ini hanya
menumpang kasih penjaga mereka di tempat ini.
Cikgu mereka berkata :
"Saya dulu cikgu yang tegas,
garang tapi sejak saya dipindahkan ke pusat ini, saya tak boleh jadi macam
dulu. Saya berubah menjadi seseorang yang dapat buatkan mereka selesa. Mengalir
air mata saya apabila saya baca biodata seorang demi seorang. Malang sungguh
mereka ini. Ada yang dibuang sejak lahir dan ada juga yang keluarga buang bila
dah besar, dah tak nak dah jaga, asyik kena dera je. Sebab tu nanti cuba try
sentuh diorang, mesti reaction diorang macam kena renjatan elektrik. Mana
taknya, asyik kena pukul je dulu. Mereka ni memang dahagakan belaian, nanti
kamu semua rapat-rapat lah dengan diorang ni. Cikgu suka bila ada orang buat
program macam ni, dapatlah diorang tumpang kasih sayang dengan orang lain, biar
diorang rasa ada orang yang care pasal diorang".
Aku tersentuh.
Terbit sedikit kerisauan tentang
bagaimanakah reaksi mereka dalam program nanti.
Sewaktu program,
meskipun pada mulanya mereka
kelihatan kurang berminat tetapi mereka kian menunjukkan minat seiring waktu
berjalan.
Walaupun mereka
sedikit kurang peka,
sedikit lasak,
sedikit bising ...
namun, aku tidak sedikitpun ingin
memarahi mereka, jauh sekali memukul mereka.
Mereka sangat membutuhkan perhatian.
Mereka kelihatan seperti kanak-kanak yang hanya merebutkan gula-gula untuk
kegembiraan. Sangat naif dan jujur. Apa yang mereka rasa, mereka cakap, tidak
sedikitpun berselindung.
Walaupun umur mereka yang paling muda
ialah dua belas tahun, mereka sangat gemarkan gula-gula. Rupanya mereka jarang
diberikan jajan-jajan seperti itu.
Aku teringat akan adik di rumah yang
lebih kurang umurnya seperti mereka. Adikku selalu sahaja dapat apa yang
dipinta. Berbeza dengan mereka, walaupun cuma gula-gula mereka sudah cukup
suka. Mengingatkan itu, hatiku tersentuh lagi.
Apabila tiba di hujung program,
seorang daripada mereka mendedikasikan sebuah lagu untuk kami, para fasilitator
dan urusetia. Malah, dalam slot kedua, mereka membuat persembahan dengan
sehabis baik untuk memuaskan hati kami. Meskipun persembahan yang dilakukan
biasa-biasa sahaja, namun menurutku semua persembahan sangat menarik. Terserlah
keikhlasan mereka sewaktu membuat persembahan.
Aku sedar sekarang. Bukan hanya
rakyat di negara Palestin, Syria sahaja yang merana. Malah, rakyat di negara
Malaysia juga ramai yang teraniaya. Mereka perlukan pembelaan, kasih sayang.
Aku rasakan bahawa ini adalah tanggungjawab kami, belia muda untuk mencurahkan
bakti, membantu. Bukan hanya pandai bermadah, berbicara tetapi juga mahir
beraksi.
Now, my eyes are truly wide open.
Aku doakan yang terbaik buat mereka.
Mereka adalah orang yang kuat kerana diuji oleh Allah dengan ujian yang berat.
Aku amat memandang tinggi akan mereka. Jikalau diriku berada pada tempat
mereka, entah apa yang akan kulakukan. Belum tentu menjadi sekuat mereka yang
mampu lagi tersenyum dan bergelak ketawa.
"Akak yakin adik boleh. Ramai
lagi yang sayangkan adik. Jangan pernah mengalah. Teruskan berjuang untuk
hidup. Kejarlah cinta Allah. Allah sayang sangat kat adik ni sebab sampai saat
ni adik mampu survive lagi. Jangan tinggal solat. Jadi kawan yang baik.
InsyaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi, kalau bukan di dunia, di syurga
nanti. Amin. "
InsyaAllah.
Lindungi kami Ya Allah.
Senyum.
***
#Catatan_Ketiga
Bismillah walhamdulillah
Ape yg ana nk tulis mostly peringatan
utk diri ana dn semua penghuni legokingdom...
Firstly ana tersentuh bila salah
seorang daripada pelatih kat situ bgithu yg diorng nk sgt kita bgi pendedahan
pasal agama terutama benda2 basic...ana rse mcm jahat sgt sbb xsampaikn benda
yang sepatutnya diorng tahu...bukan diorng je tpi insan2 yg kurang tentang ilmu
agama...tanpa kita sedar sebenarnya kita sedang dibuai dgn kesenangan dan
keselesaan hidup dalam suasana yg dikelilingi dgn ayat2 suci Al-Quran sedangkan
org di luar sana sedang menadah tangan utk dicurahkn kasih sayang ,disuapkn
ilmu yang bermanfaat dn sebagainya
Buka mata,buka minda bangun dari
tidur yang lena,,tanye diri kita adakah aku dah bersedia nk terjun ke dunia
luar yg mana keadaannya xsama dgn keadaan kita di sini...Darul Quran bukan
tempat utk kita relax,buang masa dengan gadget,borak2 kosong and so on...tajdid
balik niat kita kenapa kita masuk sini??? Adakah kita masuk sni sekadar nk
hafal awal juzuk,awal surah,awal maqra' semata-mata nk kejar pointer je??
Tidak....ingatlah bahawa kita masuk sni nk jdi seorang yang Hamalatul Quran,penghafaz
Al-Quran 30 juz,yang faham isi Al-Quran utk disampaikan kepada masyarakat luar
selepas kita kluar nnti...nk jadi seorang Hamalatul Quran sangat perit,sangat
susah,sangat berat...hati dan jiwa kena kental,,Al-Quran bukan sahaja utk
dihafal tpi utk mentarbiyah diri kita...Allah menurunkan Al-Quran bkn utk
menyusahkan hambanya,firman Allah
ولقد يسرنا القران للذكر فهل من مدكر
[Surah Al-Qamar]
Enam kali disebut dlm surah Al-Qamar
yg bermaksud "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk
menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil
peringatan dan pelajaran (daripadanya)?"
Hargailah setiap waktu yang ada
sepanjang kita berada di sini,,timba sebanyak uang bileh ilmu utk kita sama2
bantu saudara kita yg terpedaya dgn fitnah dunia..QUM FAANZIR
Seterusnya dkt Pusat Perkembangan
Kemahiran Kebangsaan ********(PPKK*) ana dpt rasakn ukhuwwah mereka sangat2
rapat walaupn klau tngok dri segi zahirnya diorng punye gurauan sgt kasar namun
ada maksud yang tersirat...
Berdasarkan pengalaman gerak kerja
urk program ni xde pape sgt,,mcm biase je..tpi ana tabik springggg dkt unit
multimedia sbb diorng sanggup tidur lewat smpai 3@4 pagi utk memastikan program
berjaya...tpi ana lgi teruja bila kita sanggup berjaga sampai lewat malam @
pagi utk Al-Quran...ana teringat pesanan daripada Ust Adam "Apa yang saya
tengok kebiasaannya pabila seseorang diberi tanggungjawab untuk menggendalikan
sesuatu program, ianya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat yang
terbaik demi tanggungjawab, kesana-kemari, turun-naik, tidur xcukup, habis masa
dan tenaga, xpe kerana nak memastikan program berjaya n terlepas tanggungjawab,
macamana pula tanggungjawab terhadap al-Quran? Sanggupkah berjaga malam
untuknya?"
#duniasementaraakhiratkekalabadi
Lastly sblom ana stop memenuhkan page
dlm blog ni ana nk bagithu yg orang yang bercakap di hadapan dgn lantang dn
yang menulis sesuatu untuk memberi peringatan akan diuji oleh Allah dgn setiap
perkataan yang keluar dari mulutnya dan tangan yg sedang menaip ini...ape yang
ana luahkan dkt sni utk memberi peringatan kepada ana terutamanya dan antum
antunna semua..
Harapan ana agar kita semua tidak
dikaburi dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara..
***
#Catatan_Keempat
Apa ek nk ckp...hmm okay first skali
first impression sblm smpi. Mmg x tau nk expect apa. Agak takutlah jgk mula2
sbb katanya dorg ni bdk bermasalah. Aduh, nk jmpe bdk2 ala-ala juvana or henry
gurney plk ke ni? Scarynya. Tp sbnrnya kesian jgk kat dorg ni sbb ada yg anak
luar nikah,kne tinggal dpn pintu msjd time baby, masalah family,etc.
Awal2 prog tu dh nmpk dh yg dorg ni
dilatih utk berdisiplin semua...punctual sgt, kita xsempat hbes setup tmpt dorg
dh smpi. Pastu nmpk ada mcm dua group besar. Satu yg senior2, lg satu adik2 yg
still immatured & happy go lucky gitu. Yg geng senior awal2 bajet2 mcm
malas nk respon lah, lg2 time nk bwt cheers. Yg bdk2 kecik mmg bg respon yg
baik dpd awal as expected.
But starting game tepung yg sgt havoc
tu, bru semua tnjkkan perangai masing2. Yg senior2 start participate dlm
aktiviti dgn bsemangat. Sronok tgk dorg happy sgt main "betul ke
bohong" and guna tepung sbg denda. Mmg havoc gila dorg main, habis satu
dewan penuh tepung,in fact, fasi pun hbes kne tepung kat baju, rambut..haha
first time tgk org main tepung smgt sgt ceni..smpi lps tu kd2 &fasi2 kne
sapu & mop balik dewan tu..hmm so klu kita nk dekati or trik interest org,
knelah pndi guna cara yg dpt trik minat org, tahu apa yg dorg suka, dan
berkorban sketlah. Kot. Hah lg satu b4 start game tepung tu. Cg dorg kata bdk2
ni klu dgr ada dpt mknn free even klu gula2 pon dorg dh happy sgt. Terkedu dgr.
Dorg sgt appreciate semua bnda yg dpt even gula2 yg kecik tu pun. Hmm kita ni.
Klu stakat bg gula2?mmg x pndg lah.
Okay. Apa lg highlights. Klu nk cite
sume mmg pnjg sgt lah. Time persembhn dorg. Dorg kne blakon & nynyi. Apa
msg or info tsirat yg dpt drpd aktiviti tu is first, dorg mmg slalu kne denda
atas kesalahan dorg. Kesian. Mcm agak tkongkong tp maybe cmtu je cra nk
disiplinkn dorg. Second, dorg ni mcm kurg pengetahuan basic agama. Contoh mcm
bacaan solat dorg..boleh dgr tajwd mcm hmm..etc. rasa mcm rugi sgt. Sbnrnya klu
dorg diajar psl agama betul2 mesti pandai. Dorg sbnrnya nk je tahu lg dlm pasal
agama cuma ntahlah.katanya ustaz pun ada satu je kat situ. Nak ajar 85 pljr
islam. Mmg cukuplah kann..
Third, dorg bkawan mmg rapatlah. Time
kump lain bwt persembhn, ada sorg bdk laki drpd kump lain yg tlg mainkn gitar
as bg music dorg. Nmpk x ukhuwah dorg kat situ? Bagus kan. Padahal term ukhuwah
tu pun sgt asing bg dorg. Okay so lastly dpt iv sorg pelatih ni. Dia kata habis
tempoh dia ddk kat tmpt latihan ni dia akn fly ke hong kong. Wau...terer jgk
bdk ni. Kita yg lpsn spm ni nk dpt scholar jpa or mara pun kne iv lah bdebat
lah sgla bgai and compete. Tp dia ni dpt gi HK. Mmg rezeki Allah ada kat mana2. And jgn pndg rndh kat org.
Sempat tnya dia. Okay ke ddk sini?
Jawapan dia "hmm bolehlah xde lah nk kata seronok sgt tu x lah. Tp
baguslah sbb environment kat sini tjaga semua kan. So xdelah kita nk bwt bnda
merepek2 blik.haha. "nmpk x sbnrnya dorg nak jd baik. Asalkn ada org nk
tolong guide n bg semangat..insyaAllah dorg boleh berubah...okaylah rasanya dh
pnjg lebar ni. Akhir kata sbnrnya klu nk express apa yg dpt melalui kata2 mmg x
dpt nk bwt lah. Kne dtg sendiri & jumpa dorg bru tahu. Harapnya kita x abaikan
golongan ceni and klu boleh nk jmpe dorg
lagi.
***
#Catatan_Kelima
Aku cuba untuk ringkaskan pengalaman
aku ya. Sebab aku rasa yang lain mesti dah tulis panjang lebar dah. Pertama
ingin disentuh, pengalaman bergerak kerja di luar IQRAC. Selama ni kita cuma
terkongkong dalam berprogram dan gerak kerja antara kita je kan,tapi
Alhamdulillah melalui program ni, aku mula dapat beberapa kenalan daripada
UNIQUE,LAQSUS dan RIMTAZ.
Dan kalau selama ni, terbiasa dengan
gerak kerja yang sentiasa banyak meeting, dan meeting yang
berperingkat-peringkat, kali ini ada macam kejutan budaya sikit. Sebab cuma ada
meeting sekali je untuk briefing, then suddenly seminggu sebelum program
penyelaras tanya camane persediaan terakhir. Terkejut sangat nak jawab masa tu.
And dua hari sebelum program ada meeting final touch. Terkejut sebab masa
meeting tu baru banyak kerja ditimbunkan kepada unit aku. Ok tu je komen pasal
gerak kerja. Tergantung ke? Memang saja nak bagi tergantung pun.
Aku lagi berminat nak cerita pengalaman
hari kejadian. Sorry lah kalau cerita aku ni panjang sikit. Aku memang request
nak kisah aku ni diletakkan kat part akhir sekali. Kalau letak awal-awal nanti
menyampah pulak orang nak baca panjang-panjang. Tapi kalau siapa yang berminat
nak merasai pengalaman hari kejadian dari sudut pandangan aku, boleh teruskan
membaca.
Sepatutnya bergerak dari DQ pukul
6.30 pagi. Tapi memanglah 6.30 tu sangat awal jugak. So sepatutnya unit-unit
yang core ni dah gerak keluar pukul 6.30. Tapi 6.30 tu aku tengok van tu dah
ada kat parking masjid tu,mereka yang patut pergi tu tak ada lagi. Aku rasa
memang masalah orang kita ni tak reti hormat masa lah. At last,pukul 6.40 ada
lah wakil setiap seorang daripada unit-unit core(modul,programmer,multimedia).
So 6.45 bermulalah perjalanan kami ke sana.
Nak ke destinasi tu ambil masa lebih setengah jam. Dengan lapar lagi time
tu. Tak sempat nak breakfast. Sampai kat sana,sepatutnya mula setting
dewan,mikrofon projektor semua tu. Tapi malang sekali orang tempat tu yang sepatutnya
bertugas menguruskan semua itu tiada di tempat kejadian. Maka kami cuma boleh
susun dewan,then mengulanglah di sana. Dapat feel sikit mengulang kat tempat
orang.
Dalam jadual,sepatutnya program
bermula pukul 8. Tapi masalahnya pukul 8 tu ramai lagi AJK yang belum sampai.
So kat situ dah sekali lagi delay masa. Tapi satu benda yang aku nak respect
lah. Budak-budak kat sana datang tepat on time. Memang berdisiplin lah. So
disebabkan budak-budak dah sampai,kami kene jugak mulakan dengan AJK dan fasilitator
yang ada.
Mula dengan programmer yang
menguruskan program. Programmer kene buat ice breaking antara fasilitator dan
para peserta. So programmer nak buat ice breaking dengan cara main game. Ada
tiga game. Game yang menyakitkan kaki jugak sebenarnya. Tapi ice breaking tu
kira menjadi bila masuk game ketiga. Budak-budak ni kene berlari. Memang
semangatlah diorang ni berlari keliling dewan. Dan fasi kene lari sekali. Aku
yang dah sakit kaki pun kene lari jugak. Dan kesian kat ahli group
aku,tengah-tengah lari tu dia boleh jatuh pulak.
Pernah dngar tak orang mati kene
pijak masa haji? Aku rasa macam tu lah keadaan adik kumpulan aku tu. Dah lah
badan dia kecik je. Tengah orang semangat lari lah dia jatuh. Aku pun sebagai
abang yang bertanggungjawab dan penyayang teruslah bergegas melindungi dia
daripada dipijak. Selamat adik aku yang sorang ni.
Then ada sesi nyanyi lagu tema. Part
ni aku masalah sikit. Dan aku rasa kat sini memang salah aku lah. Sebab aku ni
memang jenis tak berapa suka main game,tengok tv dan movie,mahupun dengar
lagu...hidup banyak baca buku je...so bila kene nyanyi lagu tema,aku macam
terpinga-pinga sikit. Aku rasa masa tu,sebagai seorang dai,aku ada kekurangan
ketara lah.Sebab aku tak ambil langkah supaya boleh masuk dengan mad'u aku.
Padahal dah dimaklumkan awal-awal dah apakah lagu tema nya.
Lepas sesi lagu tema tu,ada dengar
talk daripada Presiden KEFDA.Abang ni memang aku respect lah. Orang banyak
pengalaman bergaul dengan orang. Tak bergaul dalam satu kelompok je. Kelompok
agama je macam kita sekarang. Dia bergaul dengan macam macam jenis orang. So
dia punya talk tu memang pandai lah nak tarik budak-budak kat sana. Sebab
budak-budak ni dari kalangan yang agak terpinggir dari masyarakat. Paling aku
respect,dia dapat tarik budak yang bash program kitorang ni daripada saat mula
tu,jadi antara budak paling berat nak lepaskan kitorang petang nanti.
Lepas talk tu,sesi bersama unit modul
pulak. Memang havoc lah modul. Slot pertama diorang,diorang nak main tiga
game.Game yang menerapkan konsep ukhuwah. Taaruf,taawun...dan...aku tak ingat
lah yang ketiga. Tafahum rasanya. Untuk taaruf,game dia kene cari gula gula
dalam tepung menggunakan sudu. Dan memang mereka sangat sukakan gula-gula.
Sedih aku tengok. So bila dah jumpa gula-gula,dia kene taarufkan member dia
dekat aku. Memang secara jujur boleh nampaklah diorang ni sebenarnya erat
sangat hubungan. Dia boleh cerita pasal member dia on the spot time tu jugak.
Game kedua,kene taawun. Tolong
menolong atau kerjasama rasanya. Game dia,kene buat lubang kat kertas mahjong
pastu angkat ahli kumpulan melepasi kertas mahjong tu dan kaki tidak menyentuh
tanah. Masa tu memang boleh nampak siapa yang bertindak macam abang,siapa adik.
Adik tolong abang,abang tolong adik. Memang aku terharu lah tengok ukhuwah
diorang. Walaupun bukan darah daging,tapi memang macam family. Tolong menolong.
Dan mungkin tak salah kalau aku cakap,ukhuwah diorang lagi rapat dari ukhuwah
kita dengan member kita. Aku tak tahu lah betul tak term ukhuwah yang aku guna
kat sini. Sebab ada orang ajar aku yang ukhuwah tu bila kita amar makruf nahi
mungkar dengan saudara kita. Kalau tak amar makruf nahi mungkar belum masuk
tahap ukhuwah lagi. Tapi tu terpulanglah
pada korang. Yang aku nak highlight kat sini,brotherhood diorang memang mantap.
Bila nak bercerita pasal game
ketiga,memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Betul ke bohong.
Hukuman kerusi elektrik digantikan dengan calit tepung kat muka. Aku tak tengok
pun cerita betul ke bohong tu. Tapi masa taklimat fasilitator tu aku dapat lah
gambaran awal game tu camane. Tapi malang sekali bila kat sana,game tu jadi
lebib dahsyat dari gambaran aku. Aku baru tahu masa tu,selain daripada
gula-gula,mereka sangat menyukai tepung. Sedangkan sepatutnya kene calit je
tepung tu dekat muka kawan. Dorang baling terus segenggam tepung kat member.
Aku pulak tengah pegang bekas tepung. So kene lah mengelak-mengelak dari
diorang nak ambik tepung banyak banyak. Tapi diorang ni pandai pujuk. Aku pulak
lembut hati. Sebab aku ada ramai adik kan,so aku pun takde lah keras keras
sangat.
Last-last bila aku bagi tepung tu,jadi perang tepung dalam kumpulan
aku. Bila satu kumpulan dah seronok perang tepung,kumpulan lain pun follow.
Maka berterbanganlah tepung di dalam dewan tersebut. Dan kami para fasilitator
yang memang berada dalam kumpulan pun bermandi tepung lah. Vest KEFDA yang aku
pakai,dari hitam jadi putih. Game sepatutnya 30 minit,jadi 15 minit je sebab
kekecohan yang berlaku. Tapi sebenarnya seronok je. Kita pulak dah selalu nak
jadi matang kan. Sekali sekala jadi budak budak main baling baling tepung
tu,release tension jugak sebenarnya.
Dan yang paling bagusnya,lepas habis
je perang tepung tu,diorang boleh pergi ambil penyapu,mop, tolong sama sama
sapu dan mop lantai. Tanggungjawab tu ada dalam diri. Respect woo. Diorang ni
tak belajar tinggi macam kita pun,tapi ada common sense. Lepas kemas kemas
dewan bersama-sama,kami pun makan dan solat zohor bersama sama. Masa ni lagi
best. Budak yang awal-awal program tadi cakap sesuatu yang tak baik pasal
program kitorang,masa solat jadi bilal woo.Memang dapat tangkap hati dia dengan
program ni.
Selepas itu,bermulalah slot kedua
unit modul. Lakonan. Aduh. Aku dan ahli kumpulan mengantuk jugak masa tu.
Sebagai fasi yang memahami,aku faham perasaan mereka.Lakonan ni pasal nilai
nilai sebenarnya. Kumpulan aku punya tajuk,vandalisme. Yang adik-adik aku
persembahkan....gangsterisme 80%+ vandalisme 20% ...hahahaha...aku rasa dorang
ni banyak sangat terpengaruh cerita cerita lah...sebab tu idea gangster je yang
terlintas...tapi apapun...kesungguhan mereka buat persembahan tu...memang
respect...diorang ada keyakinan diri...cuma perlu digilap lagi...
Dan seterusnya...penyampaian
hadiah...then...ambil gambar...salam salam peluk peluk selfie selfie wefie
wefie...habis lah program..tamat..(adik adik setia menemani kami sampai maghrib
walaupun program dah tamat lepas asar...terharu tau!)
Okayy sekarang aku nak masuk part
refleksi sikit...first aku nak cakap...masa cikgu diorang cerita pasal
background certain pelajar tu...memang rasa macam....wooo,this kind of parent
pun ada kat dunia ke?....ada manusia zalim macam ni ke?...buang anak sebab anak
lembap je?...dera anak saja-saja?.....what!!???budak ni punya jalur keturunan
memang gangster-gangster,ayahanda-ayahanda sume???main dengan senjata dari
kecik?!.....memang macam macam lah rasa hati nak digambarkan masa tu....memang
aku bersyukur diberikan peluang join program ni....dapat bukak mata aku dengan
lebih luas....pasal umat yang sangat rosak...dan pendakwah macam kita kat
mana?hanyut nak jaga diri dan keluarga sendiri...bercakap atas pentas pasal
jemaah tarbiyah haraki semua(yang paling sakit dengan yang sibuk cakap pasal
cinta islamik)....tapi tak terjun pun masuk realiti kehidupan...malu weyh.
Aku nak cakap...jangan take things
for granted lah...parents kita,family kita...memang ramai lah yang berharap nak
ada apa yang kita ada....tapi kita buat apa?sibuk mintak macam-macam dengan
Tuhan tanpa pernah mensyukuri nikmat yang kita ada..
Last but not least,aku mintak maaf
kalau apa aku tulis ni tak difahami dan tak masuk hati korang...tapi aku nak
highlight...terjunlah masuk realiti,kita ada lagi banyak benda nak belajar
daripada diorang daripada apa yang kita mampu nak ajar kat diorang...janganlah
selesa sangat duduk dalam kelompok kita je...ummat ni perlu diselamatkan...
And if you die tomorrow,and Allah
asked you what is your contributions for the ummah,what can you answer?Do what
you can do today,coz nobody can promise there will be tomorrow for you.
***
Begitulah pengalaman sahabat sahabat
kita yang dapat dikongsikan. Ada ibrah atau tak? Renung-renungkan.
“Others are willing to die to have the things that we take for granted. Appreciate your parents and your family.”
No comments: