Home » Biro Akademik » Cerpen » Karya Kreatif » Slider » Taujihat » Tazkirah » Kita Hamalatul Quran?
Kita Hamalatul Quran?
By: UnknownPosted date: 10:27 AM comment : 0
Al-Quran berwarna pelangi itu diambilnya. Dibuka dan
dibelek-beleknya , mencari muka surat yang terhenti bacaannya sebentar tadi.
Tiba-tiba , ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
Surah Fathir ayat 32.
Teringat dia pada perbualannya dengan seorang sahbatnya yang
amat dicintainya kerana Dia.
********
Di suatu petang , hujan renyai-renyai , berangin gituh
terlihat dua orang sahabat sedang duduk di satu waqaf sedang menikmati
pemandangan indah tasik Dq.
" Afif , aku rasa macam bersyukur sangat Allah campak
aku kat sini. Rasa bersyukur sangat sangat"
Dengan penuh perasaan Haliim meluahkan perasaannya kepada
Afif.
Afif hanya tersenyum melihatnya , membenarkannya di dalam
hati.
" Iyalah , aku dulu jahil gila kut. Gila punya nakal.
Benda jahat apa je yang tak pernah aku buat. Semuanya aku dah buat Fif "
Sekali lagi Afif hanya tersenyum melihat Haliim , mendengar dengan penuh sabar. Kenal benar dia
dengan sahabat karibnya itu. Manakan tidak , dari sekolah menengah bersama-sama
, segala baik buruk Haliim diketahuinya.
" Aku bersyukur sangat Allah selamatkan aku melalui
Furqan " , Al-Quran berwarna biru itu diberinya nama Furqan , hadiah
pemberian ayah pada hari jadinya yang ke-13 , didakapnya dan diciumnya dengan
penuh cinta.
" Aku rasa tanpa Furqan , agaknya aku jadi apalah
sekarang "
" Allah buka hati aku untuk hafal Quran bahkan Dia
permudahkan lagi untuk aku. Dan , Dia hantar kau untuk kuatkan aku. Siapa
sangka sekarang kita sudah bergelar Hamalatul Quran "
Afif sekadar tersenyum melihat Haliim , terharu mendengar
kata-kata sahabatnya itu.
" Tetapi , ada satu benda aku sedih sangat sebenarnya
Fif "
Wajah Haliim yang ceria sebentar tadi berubah serta merta.
Afif mula kehairanan , " kenapa ? " akhirnya Afif bersuara.
" Iyalah , kita kat sini semua hamalatul quran tapi aku
rasa tu semua macam gelaran je tau "
" Maksud kau ? "
" Iyalah, cuba tengok waktu Subuh dekat masjid ,
selalunya ada dua tiga saf je , yang tu pun dua saf masbuk "
" Qiam tak payah cakap la. Rasa macam boleh kira dengan
jari je. Semua selalu bangun waktu azan subuh kut "
Afif terkedu namun turut membenarkannya di dalam hati.
" Aku tak cakap pasal siapa-siapa. Aku cakap pasal diri
aku lah. Aku ni macam hafal je tapi dari
segi amal dan penghayatan hancuss "
Afif tertunduk apabila kata-kata itu terpacul dari mulut
Haliim , zaap menusuk hatinya yang paling dalam. Aduh ! Sakit rasanya.
" Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang muhasabah
diri aku rasa betapa hinanya aku dan betapa tak layaknya aku untuk berada di
sini. Yalah , hati ni pun tak pandai nak jaga. Mudah sangat untuk rasa suka
kepada berlainan jantina. Aghhhh. Hinanya aku Fif. Hati sendiri pun tak mampu
nak jaga "
Afif menepuk-menepuk perlahan belakang Haliim , memahami
setiap bait kata-kata Haliim kerana dirasakan dia juga begitu.
Bahu Haliim terhinjut-terhinjut , terdengar esakan tangisan
darinya.
Dalam sendunya itu dia membacakan ayat itu kepada Afif.
Surah Fathir ayat 32.
" Aku rasa aku-lah yang Allah maksudkan menzalimi diri
sendiri itu. Aku takut Fif , andai aku dilaknat Al-Quran di akhirat nanti. Aku
takut Fif "
Bahunya terhinjut-hinjut lagi.
" Haliim , " Afif menarik nafas sedalam-dalamnya
berusaha menyusun kata untuk menenangkan sahabatnya yang amat dicintainya itu.
" aku faham perasaan kau Haliim . Faham sangat tapi
itulah ujian-ujian untuk kita sebagai hamalatul Quran. Hati , perasaan , nafsu
dan syaitan. Itu semua adalah ujian untuk kita Liim. Malah , syaitan yang
dihantar kepada kita bukan bertaraf tentera Liim , tetapi jeneral syaitan.
Peperangan ini dengan diri kita hakikatnya peperangan kita melawan syaitan dan
hawa nafsu kita"
Senyap sahaja daripada Haliim barangkali sedang memberi
fokus kepada kata-kata Afif pula.
" Tapi Haliim , kita tak boleh kalah dalam peperangan
ini Liim. Kita kena usaha sehabis mungkin. Ya ,aku tak nafikan memang susah.
Memang susah untuk melawan diri , menjadi hamalatul Quran yang sebenar-benarnya
tetapi kita kena terus berusaha ke arah itu. Kita mungkin sampai bila-bila
takkan mampu untuk menjadi sempurna tapi kita kena sentiasa berusaha untuk
mencapai sempurna itu. Allah tengok usaha Haliim. Allah cuma nak kita lebih
dekat dengan Dia , Liim.. "
Haliim sepertinya sudah mulai tenang , reda sudah
tangisannya sebentar tadi.
" Kita sama-sam eh Haliim. Kita sama-sama usaha. Kalau
kau salah aku tegur , kalau aku salah kau kena tegur aku. Okay ? "
Afif melihat wajah sahabatnya mulai tersenyum.
Haliim mengesat air matanya lalu menghulur tangannya kepada
Afif ,
"sahabat sampai syurga Afif? "
Disambutnya tangan Haliim dan digenggamnya dengan penuh erat
sambil tersenyum ,
"sampai syurga Liim " .
*******
Tanpa sedar air mata nya jatuh mengalir di pipi.
" Afif " , tiba-tiba dirasanya ada tangan yang
menepuknya dari belakang.
"Kau ni dah kenapa nangis tiba-tiba nihhh "
Diangkat mukanya melihat pemilik tangan yang menepuknya itu
, " oh , Haliim "
" Haha. Tak de apa lah. Eh , tolong tebuk aku please.
Lama dah kau tak tebuk aku kan "
" Aceceh. Masyi ah kawan aku ni "
" hehe. Mana ada , kau lagi masyi "
" Elehh kau nihh "
*********
Begitulah cerita mereka :")
The End.
Tagged with: Biro Akademik Cerpen Karya Kreatif Slider Taujihat Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments: