Home » Karya Kreatif » MT » Slider » Taujihat » Tazkirah » Berubahlah…
Berubahlah…
By: UnknownPosted date: 12:16 AM comment : 0
“if
you don’t change by choice, the devil will change you by force”
Ku petik satu kata-kata seorang raja yang
mampu menegur rakyatnya dengan kiasan yang begitu dalam dan analogi yang pasti
tidak akan memberi kesan kepada sesiapa pun, gementar untuk menegakkan yang hak
dan menjatuhkan yang batil, malu dan takut akan muka rakyatnya yang akan
melihatnya dengan sinis kerana nasihat itu keluar daripada seorang raja yang
penuh dengan kesilapan, kelemahan, dan kecelaan. akan ku kupas nasihat ini
dengan kupasan keberanian dan kebenaran. Akan aku mengambil-alih malik yang
lemah ini dengan tulisan kejujuranku….
“if
you don’t change by choice, the devil will change you by force”
Adakah saya, penghafaz quran perlu berubah?
Apakah yang lebih baik dari orang yang sentiasa mengulang hafazan? Kira ok la
aku nak bandingkan dari orang yang dekat luar sana”. Inilah soalan-soalan yang
sering diungkapkan oleh kita semua. Kita telah dibuai dan dibelai dengan
kebajikan dan kebaikan yang kita sendiri buat. Hakikatnya, kita telah dibelai
dengan bisikan yang direjam dan dirabun dengan perasan cukup dan selesa dengan
keadaan sekarang. Kita lupa dengan dosa-dosa dan kelemahan kita sendiri, lupa
dengan kutukan dan umpatan yang direka, lupa dengan kebaziran masa, lupa dengan
kebebasan dalam ikhtilat, lupa akan perasaan orang lain, lupa akan sifat
selfish kita, lupa, lupa, lupa dengan kezaliman kepada diri sendiri.
“dan
demikianlah Kami jadikan kamu umat wasata”
Aku menyesal kerana pernah ku petik ayat
ini untuk menjustifikasi keadaan aku sekarang. “kita mestilah menjadi seorang
yang seimbang dan sederhana, Islam mengajar kita untuk berpada-pada”, alangkah
silapnya tafsiranku pada kalimah suci ini. Aku telah berdusta dengan diri
sendiri dan juga kepada orang lain kerana Islam tidak pernah mengajar kita
untuk berpada-pada dan relax dalam usaha, jadi orang biasa-biasa dalam imtihan,
jadi sederhana dalam berdakwah. Sesungguhnya kesederhanaan jauh sama sekali
dengan keseimbangan, medium is not balance, kerana kesederhanaan dalam usaha
ialah malas. Hakikatnya Islam mengajar untuk push ourselves, constantly
changing to the better, be the best in everything without neglecting hak Allah,
Rasullah, ibu bapa, guru-guru dan sahabat-sahabat. We should be number one,
that is wasatiah…
“every
marathon starts with a single step”
wahai rakan-rakanku yang menggelar dirinya
penjaga al-quran, duta al-quran, ahlul quran, mari kita sama-sama berubah.
Berubahlah, berubahlah walaupun satu langkah ke hadapan, berubahlah dengan
panduan al quran dan sunnah. Sebaik-baik kita pun masih perlu berubah. Forget
bad deeds, we still make mistakes in our good deeds. Dan sejahat-jahat kita
pun, Allah tidak pernah tutup pintu rahmat dan maghfirah untuk kita, kita yang
tutup pintu rahmat dan maghfirahNya. Allah tidak lupa dengan kita melainkan
kita lupa Allah dahulu. Allah tidak pernah jauh melainkan kita yang menjauhkan
diri dari-Nya...
dakwat penaku semakin kering, keberanian
aku semakin pudar, sampai di sini luahan seorang rakyat yang meyesal kerana
tidak mampu untuk menggunakan kuasanya dan pengaruhnya untuk kebaikan, tidak
menjadikan tempat dan biah ini medan tarbiah dan perjuangan sebaliknya
dijadikan tempat ini medan kebebasan dan kesenangan serta kemaksiatan. Aku
sedar tulisan ku ini hanya akan dijadikan seperti angin yang lalu dan menyapu
wajah si pembaca begitu sahaja. Ini sahaja yang aku mampu untuk setakat ini.
Sekurang-kurangnya usaha kecil ini akan aku buat sebagai tebus kepada sesalan
dan kesilapan yang menggunung ini…
Berubahlah…
Tagged with: Karya Kreatif MT Slider Taujihat Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments: