Salamun alaykum.

Hari ini admin nak share satu benda yang  nampak common.Tapi hakikatnya beri impak besar dalam hidup orang lain.

Pasal apa? Kita ini sebenarnya satu. Tak faham?

Okay, cuba bayangkan kita hidup dalam satu kejiranan yang amat pentingkan diri sendiri. Masing-masing buat hal sendiri. Sampai muka jiran sebelah rumah pun kita pandang  sipi-sipi je.

Tetibe la kan nak dijadikan cerita,, kita tinggal motor kita dekat luar rumah. Biasanya kita memang letak kat dalam tapi haritu memang tak ingat dan tak sempat sangat sebab ada kelas sampai malam. Haritu hujan punya la lebat  dan kita pulak baru je cat baru motor tu. Nak harapkan jiran sebelah, memang tak lah sebab masing-masing tak pernah bertegur sapa,so habis rosak cat baru kat motor kita tu. Kuang 2x.So jadi lah tak boleh nak buat apa-apa sebab kita tak pernah nak mulakan ukhuwwah dengan jiran kita.

Kalau lah kita semua ni satu.. dia boleh tolong tengokkan motor kita, jaga keselamatan rumah kita time kita outstation (dalam konteks jiran la) and banyak lagi.

So, nampak tak pentingnya kebersatuannya kat situ. Even komunikasi antara dua orang pon boleh bagi impak yang besar. Sebab tu admin cakap yang kita ini sebenarnya satu. Antara kita saling memerlukan, saling memberi, menerima dan melengkapi satu sama lain.




Kebersatuan itulah ataupun dalam bahasa omputih UNITY, yang sebenarnya menjadikan umat Islam tu ampuh, kuat dan gah. Even peribahasa melayu pon ada menyebut “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.  So. Kat mana kita nk show off kita punya kebersatuan tu?

Contoh la pasal isu terbaru sekarang ni. Isu Palestin.
Berapa ramai kat luar sana  yang ambil cakna tentang rakyat Palestin, yang bertungkus lumus mendoakan kesejahteraan dan  keselamatan mereka? I wonder how much?

Tahukan baru-baru ini, Masjidil Aqsa telah diserbu oleh puak Yahudi dan mengelilingi halaman al-Aqsa dengan kawalan kerat pasukan Israel. Namun,  mereka dihalang oleh para aktivis yang bersedia di al-Aqsa dengan laungan takbir yang penuh bersemangat menyebabkan mereka keluar semula dari al-Aqsa.

Tahukan, sebuah mahkamah di Israel telah menjatuhkan perintah larangan dari memasuki masjid al-Aqsa kepada seorang gadis remaja yang berasal dari kawasan yang diduduki rejim Israel. Kita di sini, solat berjemaah di masjid masih lagi bertatih-tatih.*facepalm*

Tahukan yang lebih dahsyat lagi, ratusan tentera Israel telah menyerang Masjid Ibrahimi al-Khalil dan bertindak keras terhadap penduduk asal Palestin di seluruh Kota Lama atas alasan agama. Sementara itu, jemaah Islam telah dinafikan hak untuk memasuki tempat ibadah, di mana tentera Israel yang bersenjata telah dikerahkan ke sana.

Namun apa tindakan kita? Tepuk dada tanya selera. Tepuk hati tanya iman.

Apa yang kita boleh buat? Kat sini la kita nak show off kita punya Unity tu. Jangan hanya jadi so-called unity je.

Simple sahaja.

Boikot.

Kita boleh selamatkan nyawa ramai bayi yang tidak berdosa, ibu bapa yang mati mempertahankan keluarganya..bukan seorang malahan boleh jadi hingga ratusan ribu yang boleh kita selamatkan.
Tapi biasalah time kita nak buat benda baik, mesti ada orang yang tak suka. Siapa?

Syaitan. Lebih teruk lagi manusia sendiri yang tak suka.
"Ehh produk ni boikot lah."
"Alah, berapa sen je pun dia bagi kat Israel tu. Beli bom pun tak lepas lah”
"Memanglah berapa sen je. Tapi kalau dah semua bermurah hati nak derma, jet pejuang pun Israel mampu beli"
"....."
Hah? Apa nak jawab? Bayangkan sorang derma 10 sen. Dalam dunia ni ada 7.3 billion manusia tau! Can you imagine berapa banyak jet Israel tu mampu beli? Allahu!
 

Kalau kita tak mampu nak sumbang kat Palestin, tak perlu lah berbaik hati nak buat sumbangan ikhlas kat Israel tu pulak. Nak keluarkan seringgit untuk saudara kita kat palestin tu fikir sampai sepuluh kali, tapi bila nak beli produk Israel laju je tangan hulur duit? Ehh confuse lah. Korang saudara siapa sebenarnya ni?
Memang susah nak boikot lagi-lagi bila benda tu feveret kita. Admin tahu. Admin faham. Nak buat macam mana kalau dah suka sangat Flavor Twist Mc Donald? Seminggu tak makan.. boleh mati.
Hold on. Mati?
Pernah baca ke kat mana-mana news orang mati sebab tak makan Flavor Twist? Rasa-rasanya tak ada. Yang adanya, orang mati sebab orang beli Flavor Twist tu. Sebabnya, duit-duit tu digunakan untuk beli peluru untuk tembak ayah-ayah dan adik-adik kecil kita nun kt Palestin tu.

Cuba tinggalkan sikit-sikit. Sekarang pun dah banyak produk alternatif kat pasaran kan? Sanggup ke kita meyatimkan seorang kanak-kanak demi menghirup secawan milo panas (I mean jenama Nestle) dan merasa sepaket Maggi?

Sahabat sekalian, dalam Islam, semuanya satu keluarga. Tak ada yang boleh dipandang sebelah mata. Ibaratnya macam cubit peha kanan, peha kiri pun terasa.

'Perumpamaan kaum muslimin dalam hal saling menyayangi, saling mengasihi dan saling bertolong bantu adalah seperti satu jasad. Jika satu anggotanya berasa sakit, maka anggota lain turut merasakannya dengan tidak boleh tidur atau berasa demam.' (HR Bukhari & Muslim)

One more, admin perasan kan, isu Palestin ni macam bermusim. Kena tunggu sampai Israel bunuh beribu-ribu orang sekali gus baru nak riuh sekampung. Padahal ada je saudara-saudara kita yang dibunuh dalam senyap. Padahal selama ni saudara kita hidup macam pendatang di negara sendiri, diperlakukan macam binatang dan hidup tanpa mendapat hak asasi di negara sendiri. Kenapa kita diam sahaja?
Israel kejam.
Tetapi saudara yang menikam saudaranya lebih kejam.
Saudara yang hanya membiarkan saudaranya dibantai lebih kejam.
'Seorang muslim merupakan saudara kepada muslim yang lain. Tidak menzalimi, menghina dan enggan memberi pertolongan.'
(Hadis riwayat Muslim)
Satu soalan sentap. Ada tak terselit nama Palestin di celah-celah doa korang? *gulp*
Kalau saudara-saudara kita tuntut hak mereka di akhirat nanti, apa kita nak jawab ya?
Renungkan.
P/S: Sekali-skala baca lah berita atau info dan sejarah Palestin. At least, tahulah sikit-sikit siapa tu Komander Al-Jaabari, apa tu Marvi Marmara, apa tu Brigade al-Qassam dan apa yang terjadi kat Palestin sekarang -_-"