Tempat : Auditorium Syeikh Mohd Noor
Masa : 2.45 petang - 11.30 malam
Tema : "Iqamatud Deen wa Siasatud Dunya Bih"
Pihak I.Q.RaC telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang keenam bagi tahun 2009. Antara tujuan untuk AGM kali ini ialah untuk pembentangan gerak kerja biro 08/09, juga sebagai satu strategi pertukaran jawatan serta untuk meraikan perwakilan baru dan mantan perwakilan.
Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Dasuki Hashim pada jam 3.00 petang. Seterusnya Mesyuarat Agung Tahunan pun bermula. Dimulakan dengan ucapan pengerusi I.Q.RaC 08/09 seterusnya diiuti oleh pembenmtangan laporan-laporan biro serta kelab oleh saudara Mohd Hasbullah seterusnya laporan kewangan kelab oleh saudara Abdullah 'Afifi selaku Setiausaha dan Bendahari I.Q.RaC 08/09.
No comments: